Abu Samah pangku Ketua Polis KL

Abu Samah pangku Ketua Polis KL

AZMI Abu Kassim (tengah) hadir dalam majlis serah tugas antara Datuk Yahaya Othman dengan Datuk Abu Samah Mohd. Nor sebagai Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Ketua Jabatan Cawangan Khas Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd. Nor dilantik sebagai pemangku ketua polis dan pemangku timbalan ketua polis bagi kontinjen tersebut, berkuat kuasa hari ini.

Abu Samah menggantikan pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman yang akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Pahang.

Majlis serah terima tugas turut disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kasim.

Azmi berkata, Yahaya dilihat dapat meneruskan agenda dan perancangan bagi mengemudi kontinjen Kuala Lumpur demi mencapai tahap prestasi yang membanggakan. 

Katanya, beliau (Yahaya) merupakan pemimpin yang berpengalaman dalam perkhidmatan PDRM kerana pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan.

“Beliau adalah pemimpin yang berdedikasi dalam menjalankan tugas, mesra dengan senyuman namun disebalik itu penuh ketegasannya.

“Penghijrahannya ke Kontinjen Pahang sebagai Ketua Polis Pahang adalah bertepatan dengan pengalaman beliau,” katanya ketika berucap di Majlis Serah Terima Tugas di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sentul membabitkan Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari.

Beliau yang sebelum ini memegang sebagai Ketua Unit Siasatan Jenayah Persatuan, Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman akan menggantikan Senior Asisten Komissione, Beh Eng Lai yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 15 Mei ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN