8 ditahan terbabit kegiatan rumah urut tanpa lesen - Utusan Malaysia

8 ditahan terbabit kegiatan rumah urut tanpa lesen

ANTARA individu yang ditahan dalam operasi membabitkan rumah urut tanpa lesen di sekitar pusat bandar George Town, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai lapan individu termasuk empat wanita warga asing ditahan dalam lima serbuan di sekitar pusat bandar dan Batu Ferringhi di sini semalam kerana melakukan pelbagai kesalahan melibatkan rumah urut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam operasi itu, polis menyerbu dua rumah urut di Lebuh Chulia serta masing-masing sebuah di Batu Ferringhi dan di Gelugor, dekat sini.

Menurut beliau, kesemua rumah urut yang diserbu itu didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

”Dalam serbuan di dua pusat urut di Lebuh Chulia, polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan ketiga, polis telah menangkap seorang lelaki tempatan di sebuah premis rumah urut tanpa lesen di kawasan Batu Ferringhi.

“Menerusi serbuan keempat, seorang wanita warga asing ditahan di sebuah premis rumah urut juga di kawasan Batu Ferringhi kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal mengemukakan permit kerja yang sah,” katanya.

Tambah beliau, dalam serbuan kelima pula, polis menangkap seorang lelaki tempatan dan tiga wanita wargan asing di sebuah premis rumah urut di Gelugor.

”Premis ini disyaki menjalankan aktiviti persundalan, salah guna pas lawatan sosial untuk tujuan berkerja dan menggaji warga asing tanpa permit kerja yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kesemua tangkapan berusia 23 hingga 60 tahun terbabit di reman semalam empat hari bagi membantu siasatan.

”Polis turut merampas antaranya telefon bimbit, botol minyak urut, krim ubat, tisu basah dan wang tunai RM1,430 dalam serbuan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.