66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan di P. Pinang - Utusan Malaysia

66 ditahan positif dadah dalam operasi khas pusat hiburan di P. Pinang

SERAMAI 66 individu ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di Pulau Pinang awal pagi ini selepas saringan air kencing mereka didapati positif pelbagai jenis dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai 66 individu termasuk 17 warga asing ditahan polis dalam operasi khas pusat hiburan di kawasan Timur Laut dan Bukit Mertajam, dekat sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, operasi khas itu melibatkan tiga pusat hiburan iaitu dua di daerah Timur Laut dan satu di Seberang Perai Tengah (SPT).

”Dalam operasi itu, seramai 124 orang telah ditahan dan diperiksa yang mana 66 orang iaitu 40 lelaki termasuk seorang warga asing dan 26 wanita termasuk 16 wanita warga asing telah ditahan kerana saringan air kencing mereka positif pelbagai jenis dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam operasi khas itu juga polis berjaya merampas dadah jenis MDMA seberat 275 gram bernilai RM3,200.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit sah dalam serbuan di pusat hiburan di pusat bandar di sini hari ini.

”Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki warga asing serta lapan wanita warga asing atas turut ditahan atas kesalahan melanggar syarat pas lawatan dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Menurutnya, pihak polis juga telah menjalankan ujian saringan awal air kencing ke atas 49 individu berumur antara 20 hingga 51 tahun yang mana 24 daripadanya iaitu lapan wanita dan 16 lelaki positif pelbagai jenis dadah dan es disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) 1952 Akta Dadah Berbahaya.

“Kita sentiasa komited dalam mencegah kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah, oleh itu operasi dan pelbagai langkah pencegahan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi tujuan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya