19 parti perlu segerakan keserasian - Zahid

KONVENSYEN NASIONAL: 19 parti perlu segerakan keserasian – Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keserasian antara 19 parti harus disegerakan bagi memperkukuhkan hubungan khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, konvensyen tersebut merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian berkenaan.

“Kita mahu menghadapi PRN di enam negeri, maka jentera harus digerakkan dari sekarang dan yang lebih penting menyantuni pengundi tanpa parti politik,” katanya selepas majlis perjumpaan khas Presiden UMNO bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut meminta semua pemimpin pelbagai parti mengetepikan segala perbezaan yang timbul sebelum ini terutama semasa pemilihan sesi 2023-2026.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan serentak pagi semalam.

Kemuncak konvensyen bertemakan ‘Madani: Mengangkat Agenda Rakyat’ adalah amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan pelancaran Tekad Bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.