KOTA TINGGI: Seorang pengusaha cendawan di Felda Semenchu di sini terpaksa membuang 130 kilogram (kg) cendawan yang tidak menjadi ekoran faktor cuaca panas yang melanda negara ketika ini. Azhar Ramli, 36 berkata, cuaca panas yang direkodkan di rumah cendawannya mencecah sehingga 44 darjah celcius menyebabkan cendawan rosak. Katanya sejak mengusahakan tanaman itu pada tahun 2020, tahun ini adalah paling sukar ekoran kerugian yang terlalu banyak akibat cendawan dibuang. “Saya ada kira-kira 6,000 bongkah yang sepatutnya sedang mengeluarkan hasil untuk bulan ini jika mengikut perkiraan, namun 70 peratus dari jumlah tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya