13 penyamun berparang, tumpas - Utusan Malaysia

13 penyamun berparang, tumpas

Penyamun
HUSSEIN Omar Khan menunjukkan barangan rampasan kes samun bersenjata dalam sidang akhbar di IPK Shah Alam, Selangor, hari ini. UTUSAN / SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan 13 penyamun termasuk warga emas memecah rumah dengan bertopeng dan berparang lebih lima bulan lalu tumpas apabila diberkas polis di empat negeri, baru-baru ini.

Kesemua lelaki berusia 30 hingga 68 tahun yang menyasarkan kediaman tidak berpenghuni itu turut melarikan kenderaan mangsa untuk dijual di pasaran gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan suspek dilakukan susulan kes seorang mangsa mengadu keretanya dilarikan dan dipecah masuk penjenayah di sekitar Kajang pada 23 April lalu.

“Hasil siasatan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian membawa kepada penahanan 13 suspek. Kesemua lelaki itu ditahan di sekitar negeri ini, Melaka, Kedah dan Johor antara 25 April sehingga 1 Mei (semalam).

“Polis turut merampas 18 telefon bimbit, komputer riba, beg galas dan beberapa kenderaan termasuk milik mangsa seperti Toyota Harrier dan Hilux,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Jelas Hussein, kumpulan itu dipercayai mensasarkan rumah teres dua tingkat pada waktu siang dan malam.

“Mereka akan mengumpil pintu untuk memecah masuk dengan turut memakai topeng dan bersenjata parang. Selain barangan berharga, kumpulan yang aktif sejak hujung tahun lalu itu melarikan kenderaan mangsa sama ada untuk dijual atau dileraikan komponennya di luar Selangor,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes samun di Kajang dengan tertangkapnya semua suspek.

“Mereka masih direman sehingga 4 Mei ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya