Wanita ditahan simpan, jual mercun tanpa permit

Wanita ditahan simpan, jual mercun tanpa permit

ANTARA mercun dan bunga api dirampas di sebuah rumah kedai di Taman Seroja, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang peniaga wanita ditahan polis kerana menyimpan stok mercun tanpa lesen sah dan tiada kelulusan menjual mercun yang bersyarat.

Wanita berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seroja di sini, pukul 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah merampas 1847 kotak pelbagai mercun dan 508 kotak mercun bersyarat yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM60,000.

Beliau berkata, suspek ditahan kerana tidak memiliki permit menjual mercun dan menyimpan mercun serta tiada permit menjual mercun bersyarat.

“Semakan mendapati pemilik premis tidak memiliki lesen mengikut Peraturan 17 (Magazin sementara) Peraturan Bahan Letupan 1923 iaitu permit menyimpan bunga api atau mercun.

“Suspek didapati telah melanggar syarat permit sepertimana ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara mercun bersyarat yang dirampas termasuk TT boom kill, boom kk 1706, water bomb, mercun bola, happy boom red cracker, happy boom, happy hoom celebration red fire cracker dan happy boom assorted celebration.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Wan Kamarul Azran berkata, setakat ini, empat individu telah ditahan kerana menyimpan dan menjual mercun tanpa permit sah di daerah ini. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN