Tukang rumah didakwa bunuh isteri - Utusan Malaysia

Tukang rumah didakwa bunuh isteri

MOHD. Amir Hamzah yang dituduh membunuh isterinya dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

DUNGUN:  Seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh isterinya pada 5 April lalu.

Tertuduh, Mohd. Amir Hamzah, 32, yang memakai baju lokap berwarna ungu mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Noradila Ab. Latif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah mereka di Kampung Besol, Bukit Besi dekat sini antara pukul 7.30 hingga 8 pagi.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mengemukakan laporan kimia.

Bagaimanapun, tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Atirah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hafizul Faris Che Razlan.

Akhbar sebelum ini melaporkan suspek dipercayai memukul Rubiah dengan tukul besi sehingga maut di kediaman mereka.

Mangsa yang berniaga kedai runcit cedera parah di bahagian muka meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal polis, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut yang baru mendirikan rumah tangga setahun lalu.

Mangsa mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu dan berkahwin dengan suspek tahun lepas serta mempunyai seorang bayi berusia tiga bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya