Tindakan tegas pembakar mercun lepas 12 tengah malam di Selangor - Utusan Malaysia

Tindakan tegas pembakar mercun lepas 12 tengah malam di Selangor

Mercun
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati bermain mercun dan bunga api melebihi pukul 12 tengah malam di seluruh negeri ini.

Amaran itu melibatkan pihak yang membakar bahan berkenaan di kawasan umum sehingga mendatangkan bahaya dan mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketegasan itu susulan kes diterima pihaknya antaranya melibatkan kecederaan orang awam di Gombak dan individu bermain di jalan raya yang menyalahi peraturan mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pembakaran itu hanya dibenarkan di kawasan lapang dan bukannya di depan rumah dan tengah malam atau membahayakan orang lain.

“Polis akan bertindak tegas jika mengesan dan menerima laporan perbuatan itu terutama selepas 12 tengah malam,” katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menegaskan bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD).

Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

Tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Jelas Hussein, pihaknya akan  memperketatkan kawalan dan pemantauan di semua lokasi terutama kawasan perumahan di semua daerah negeri ini.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan membakar mercun secara berhemah dan mengutamakan keselamatan diri masing-masing. Patuhi peraturan ditetapkan dan jangan bermain secara melulu sehingga mendatangkan bahaya serta kecederaan orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Selamat kali ini akan menumpukan kepada 62 lokasi titik panas dan enam lokasi hitam di Selangor termasuk di kawasan pinggir bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya