Tiga daerah di Kedah masih berada pada kategori cuaca tahap satu

Tiga daerah di Kedah masih berada pada kategori cuaca tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang masih mencatat suhu maksimum harian 35 sehingga 37 darjah selsius tahap satu (berjaga-jaga). 

Status cuaca panas Jabatan Meteorologi pada pukul 4.20 petang semalam itu turut merekodkan tiga lagi kawasan berada pada kategori tahap satu iaitu di Raub, Pahang, Mukah, Sarawak dan Nabawan di Sabah.

Kawasan lain masih berada pada suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah selsius dan tiada kawasan berada pada tahap dua (gelombang haba) dan tahap tiga (gelombang ekstrem haba).

Sementara itu, berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 10 pagi hari ini, tiada kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Sebanyak 36 stesen pula mencatatkan bacaan IPU baik manakala 32 kawasan sederhana.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena bahang cuaca panas yang melanda negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas kerana risau terdedah dengan risiko strok haba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya