ALOR SETAR: Masalah bekalan air di Kedah tidak seteruk seperti digambarkan hingga didakwa melibatkan kira-kira sejuta pengguna atau hampir separuh daripada rakyat negeri ini seperti dilaporkan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri, Munir @ Mohamad Yusoff Zakaria berkata, masalah yang berlaku ketika musim perayaan itu hanya melibatkan tidak sampai dua peratus daripada 643,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA). Katanya, hanya 8,000 daripada keseluruhan 643,000 akaun tersebut sahaja yang dikenal pasti terjejas dengan masalah bekalan air baru-baru ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya