Terkilan tidak sempat bertemu arwah - Ali XPDC - Utusan Malaysia

Terkilan tidak sempat bertemu arwah – Ali XPDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan tanah air malam Jumaat lalu dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar selepas mengalami sesak nafas.

Pemergian Allahyarham tentunya dirasai bukan sahaja peminat, malah rakan artis lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama berjuang dalam arena muzik rock tanah air.

Hangat Seminggu kali ini berkongsi reaksi rakan industri berkenaan kehilangan permata seni yang cukup disegani ini.

Vokalis XPDC, Mohd. Ali Ismail atau Ali terkilan kerana tidak sempat menziarahi arwah Mael sebelum ini.

Kata Ali, dia ada memasang niat untuk berjumpa arwah. Bagaimanapun hajat tersebut tidak kesampaian apabila dia diserang angin ahmar sekitar Mac tahun lalu.

“Pemergian Mael amat mengejutkan semua. Saya masih sukar percaya yang dia sudah tiada.

“Saya memang sudah lama berhasrat untuk ziarah arwah. Tetapi keadaan saya yang masih dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar tidak berapa mengizinkan,” katanya yang kali terakhir bercakap dengan Allahyarham sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Ali menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang baik dan sangat merendah diri.

“Arwah seorang yang sangat okey. Bahkan sikapnya yang friendly disenangi semua.

“Saya mohon peminat doakan agar Allah merahmati rohnya,” kata Ali lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya