Terengganu antara 9 kawasan cuaca panas 

Terengganu antara 9 kawasan cuaca panas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak sembilan kawasan berada pada kategori tahap satu atau berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian 35 sehingga 37 darjah selcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Status cuaca panas Jabatan Meteorologi setakat pukul 4.30 petang semalam merekodkan, kawasan berkenaan adalah Jempol, Rompin, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Kuala Krai, Terengganu, Beaufort dan Nabawan.

Selain itu, kawasan lain berada pada suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah selsius manakala tiada kawasan merekodkan pada tahap dua (gelombang haba) dan tahap tiga (gelombang ekstrem haba).

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiada kawasan yang direkodkan bacaan tidak sihat dengan 25 stesen mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 43 kawasan sederhana.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sebelum ini, pakar kaji cuaca, Dr Fredolin Tangang berpandangan keadaan cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini bukan disebabkan El Nino kerana menurut Pusat Ramalan Iklim, keadaan di Lautan Pasifik masih normal dan corak suhu permukaan lautan tidak menunjukkan kehadiran fenomena berkenaan pada ketika ini.

“Tetapi El Nino memang diramalkan berlaku bermula Jun ini dan suhu lautan di bahagian kedalaman di Lautan Pasifik menunjukkan proses pembentukan El Nino sedang rancak. Pusat Ramalan Iklim AS meramalkan El Nino berlaku bermula Jun dengan kebarangkalian melebihi 60 peratus, manakala Pusat Ramalan Iklim APEC di Busan Korea meramalkan tahap kebarangkalian melebihi 90 peratus.

“Intensiti El Nino ini dijangka boleh mencapai kategori kuat. Seperti fenomena El Nino sebelum ini, kita berdepan dengan keadaan cuaca kering dan panas bermula bulan Jun hingga ke hujung tahun dan juga awal tahun depan sekiranya El Nino ini berlaku seperti yang diramalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN