Tanah runtuh: Laluan bawa 50 kereta keluar dijangka siap dalam tiga hari

Tanah runtuh: Laluan bawa 50 kereta keluar dijangka siap dalam tiga hari

BEBERAPA pekerja syarikat pembersihan melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian berhampiran bangunan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja membuat laluan bagi mengeluarkan 50 kenderaan terperangkap dalam bangunan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laluan keluar tersebut dijangka siap selepas fasa pertama pemasangan cerucuk besi di lokasi tanah runtuh selesai. 

“Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bermula esok. Buat masa ini, kontraktor meratakan tanah berhampiran kawasan tersebut.  Selain itu, sebanyak enam alat pengesan pergerakan telah dipasang hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Persiaran Persiaran Tunku Syed Sirajuddin hari ini.

Bagaimanapun, menurut Eng Lai, kerja-kerja membaik pulih dan pemasangan cerucuk  bergantung kepada keadaan cuaca. 

“Sudah tentu kita akan menghentikan kerja-kerja tersebut jika keadaan cuaca tidak mengizinkan,” ujarnya.

 Setakat pukul 2 petang ini, tinjauan di lokasi kejadian mendapati kira-kira 10 pekerja daripada kontraktor dan syarikat pembersihan melakukan kerja pemasangan kanvas serta alat pengesan gerakan. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamad yang berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan analisis dan membuat keputusan sama ada bangunan tersebut boleh diduduki atau tidak lagi selamat.

“Kita tunggu daripada JKR dalam tempoh dua atau tiga minggu ini sama ada masih berlaku pergerakan baharu atau sebaliknya.

“Buat sementara ini, kita tidak akan membenarkan pegawai-pegawai di MACA bertugas di bangunan ini sehingga kita mendapat ‘clearance’ daripada pihak yang bertanggungjawab,” “ katanya.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin dikatakan berpunca takungan air susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu serta paip bawah tanah yang pecah, turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.

Ketika kejadian, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang juga petugas pentadbiran MACA dan Institut Integriti Malaysia (IIM), yang terletak bersebelahan akademi itu. 

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kejadian runtuhan cerun di  bukan disebabkan faktor semulajadi sebaliknya berpunca akibat kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air, di kawasan itu.

Beliau berkata, kebocoran paip pada sistem perpaipan mengakibatkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi (fully saturated) seterusnya meningkatkan ‘lateral force’ kepada tembok penahan sedia ada dari jenis Contiguous Micropile. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya