Tak dengar suara rakyat, PN yakin rampas negeri PH - Utusan Malaysia

Tak dengar suara rakyat, PN yakin rampas negeri PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mengekalkan pemerintahannya di tiga buah negeri dan merampas negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, keyakinan itu bersandarkan dasar dan polisi kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak mendengar suara rakyat.

“Pada PRN di enam buah negeri, kami di PN insya-Allah mengekalkan kerajaan di tiga buah negeri dan mendapat kerajaan baharu daripada tiga buah negeri yang lain.

“Keyakinan itu berasaskan kerana apa yang seringkali dijanjikan oleh Kerajaan Madani tidak dilaksanakan, rakyat masih lagi dalam kepayahan.

“Kemudian dasar dan polisi dimahukan rakyat tidak dilaksanakan, maknanya kerajaan tidak mendengar suara rak­yat,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

Menurut Ahli Parlimen Jerantut itu, keyakinan itu juga berasaskan momentum yang diterima sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita tahu kerajaan sekarang bergantung pada undi PRU15, tetapi bumiputera menolak PH dan menyokong PN, insya-Allah,” Jelasnya.

Kelmarin, veteran DAP, Lim Kit Siang yang menyuarakan keyakinan bahawa PRN di enam negeri akan membuktikan gelombang hijau’ tidak wujud.

Katanya, gelombang itu tidak akan wujud sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipimpinnya ketika ini meraih sokongan hampir semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Sekiranya orang Cina, India, Kadazan, dan Dayak di Malaysia berasa yang ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum, agama, atau budaya mereka, mereka akan bersatu dan berlawan habis-habisan.

“Begitu juga sekiranya orang Melayu dibuat untuk percaya bahawa ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam, mereka akan menentang dan melawan habis-habisan.

“Tetapi, tidak ada sebarang rancangan jahat sebegini untuk menghapuskan sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, atau agama mereka mahupun budaya mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya