Syarikat kami bukan scammer - EMRAZ

Syarikat kami bukan scammer – EMRAZ

ZULKARNAIN ENDUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat agensi pengendali umrah dan haji, EMRAZ Travel and Tours Sdn Bhd (EMRAZ) sedang berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan isu lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) digantung serta-merta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Datuk Dr. Zulkarnain Endut, seperti mana syarikat pelancongan lain, EMRAZ juga berdepan dengan proses
pemulihan pasca pandemik Covid-19 selain kenaikan luar biasa harga tiket dan juga hotel di Tanah Suci.

Jelas beliau, sebelum ini EMRAZ menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah sekali gus membuktikan syarikat ini bukan ‘scammer’, malah tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos.

“Pihak pengurusan EMRAZ berterima kasih kerana kesudian pihak TH menawarkan
PJH sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, TH menggantung lesen PJH Emraz sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Menurut kenyataan TH, keputusan ini diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sejajar itu, bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.