Suami maut, isteri cedera nahas jalan raya dalam perjalanan

Suami maut, isteri cedera nahas jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah panjang

KEADAAN kereta mangsa yang terbabas dan terjunam ke dalam parit di bahu Jalan Nanga Entabai, Julau, Sarawak pada tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU: Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera dalam satu insiden kemalangan jalan raya melibatkan kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Nanga Entabai, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam parit di bahu jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira pada jam 12.30 tengah malam tadi mengakibatkan mangsa berusia, 30, yang berasal dari Rumah Rajit, Sungai Bekelit Ulu, Sibuti.

“Setibanya pasukan paramedic dari Klinik Kesihatan Julau dilokasi kejadian, mangsa telah disahkan meninggal dunia manakala penumpang kereta iaitu isteri kepada mangsa cedera di bahagian tangan dan dada telah dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri terbabit sedang dalam perjalanan pulang dari Pekan Julau menuju ke rumah panjang Tr. Christy di Nanga Ayam, Julau.

“Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Sementara itu, Andam meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Julau, Inspektor Azri Mohd Azhar di talian 012-9059549 bagi membantu siasatan lanjut dijalankan.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya