Sivakumar sedia beri kerjasama, pegawai kementerian ditahan SPRM

Sivakumar sedia beri kerjasama, pegawai kementerian ditahan SPRM

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar sedia memberi kerjasama kepada agensi siasatan terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan pegawai dari pejabatnya.

Dalam satu kenyataan, Sivakumar berkata, beliau mengambil maklum mengenai penahanan pegawai berkenaan namun tidak boleh mengulas lanjut.

“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya semalam.

Pada masa sama, beliau berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga siasatan selesai.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang pegawai kanan kepada Sivakumar bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing ditahan berhubung dakwaan rasuah melibatkan agensi pengambilan pekerja asing.

Kedua-dua suspek ditahan awal pagi semalam setelah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan direman selama enam hari bermula semalam sehingga 17 April ini.

Difahamkan, penahanan itu berkaitan dakwaan bahawa mereka yang terlibat menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian walaupun terdapat konflik kepentingan.

Semalam, beberapa pegawai SPRM melakukan serbuan ke atas kementerian berkenaan.

Difahamkan, siasatan SPRM tertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya