Setiausaha Sulit Sivakumar direman bagi soal siasat - Utusan Malaysia

Setiausaha Sulit Sivakumar direman bagi soal siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan isu pengambilan pekerja asing membawa kepada penahanan Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar awal pagi ini.

Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira pukul 2.30 pagi tadi selepas  seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar direman kelmarin.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, suspek akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut berhubung siasatan dilakukan.

Kata sumber itu, tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan akan dilakukan.

“Reman suspek akan dilakukan empat bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi tujuan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebuah portal mengesahkan perkara itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pegawai tugas-tugas khas menteri ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN