Saya saya failkan nusyuz, terserah kepada mahkamah - Musa

Saya failkan nusyuz, terserah kepada mahkamah – Musa Hassan

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Musa Hassan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil atas alasan ingkar, tidak taat atau enggan dengan sebab yang tidak berpatutan menurut kemahuan dan perintah suami.

Bekas Ketua Polis Negara itu selesai memfailkan nusyuz di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3.15 petang ini, dengan sebutan kes pada 5 April ini.

“Saya sudah failkan nusyuz, jadi kita serah kepada mahkamah. (Pemfailan) Nusyuz ini adalah kerana dia ingkar, tidak taat..itu sahaja. Saya tak boleh nak cerita panjang, biar pihak mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ketika ditanya mengenai penafian isterinya berhubung video yang tular, beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Itu kena tanya polis lah. Saya malas nak berhubung (dengan isteri), takut bergaduh. Tapi dia selalu hantar mesej kepada sayalah. Saya malas nak jawab, kalau jawab pun melalui peguam,” katanya.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya berhubung rakaman video berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Musa, Mohd. Rifahmi Abdul Musikin menjelaskan, pihaknya akan terus berkomunikasi melalui peguam pihak isteri berkenaan sebarang tuntutan.

“Kalau ada permintaan dari suami, kita buat melalui peguamlah, sebab kita dapati mungkin laras bahasa tidak berapa sesuai.

“Sebab isu yang dibangkitkan adalah nafkah anak jadi pihak Tan Sri tidak ada masalah, tapi dari sudut komunikasi itu lebih baik dari peguam, barulah semua teratur,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Musa akan memfailkan nusyuz terhadap isteri atas beberapa alasannya antaranya kelakuan tidak senonoh Elly Afizahwati serta obsesi Tiktok yang berlebihan selain menengking, mengaibkan dan keluar rumah tanpa izin suaminya.

Ini selepas Elly memfailkan permohonan cerai atas faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Musa didakwa sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu dan tuntutan cerai dibuat bagi tuntutan hak jagaan dan nafkah anak yang berusia lapan tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN