Saya hanya menjadi diri sendiri - Ning Baizura tepis kecaman kerana penampilan seksi - Utusan Malaysia

Saya hanya menjadi diri sendiri – Ning Baizura tepis kecaman kerana penampilan seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ning Baizura, 48, enggan mengambil pusing terhadap tindakan netizen yang mengecam caranya berpakaian ketika menyanyi di sebuah restoran restoran terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Malah, ibu seorang cahaya mata itu meminta netizen berhenti mengecam dan mendoakan yang baik untuk dirinya.

“Jangan cepat marah, doakan agar urusan saya dipermudahkan, ucap Alhamdulillah.

“Saya tak tahu siapa mereka (keyboard warrior) sebenarnya. Kepandaian mereka dipersoalkan.

“Kritikan sedemikian tidak membuat saya terkesan. Saya hanya menjalankan tugas dan menjadi diri sendiri,” luahnya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini, semalam.

Dalam pada itu, Ning memaklumkan dia hanya mengabaikan komen negatif di media sosial agar fokus dan perjuangan untuk industri seni tidak terganggu.

“Biarkan orang nak bercakap apa pun. Saya tulikan telinga, sambung perjuangan dalam industri (seni).

“Dahulu, sekitar era 90-an, teguran dibuat secara berdepan. Ketika itu, mungkin saya menitiskan air mata dan buat sidang akhbar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya