JOHOR BAHRU: Jika tiada masa untuk memasak kerana sibuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi, usah risau kerana Restoran Selasih ada penyelesaiannya.
Terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) di sini, Restoran Selasih menyediakan set hidangan berbuka puasa bersama-sama keluarga atau kenalan.
Pengurus Besar Persada, David Emir Bareng berkata, setiap set hidangan tersebut sesuai untuk sajian bag dua orang yang ditawarkan pada harga serendah RM25.
“Bagi yang tak sempat memasak untuk keluarga, hanya perlu buat tempahan set hidangan daripada kami.
“Setiap set makanan sesuai untuk hidangan berbuka untuk seisi keluarga. Jadi, usah risau, hanya perlu tempah dan ambil tempahan yang diminta pada waktu yang diinginkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Set hidangan itu merupakan kelainan yang disediakan oleh Restoran Selasih yang amat memahami kekangan masa pelanggan, khususnya golongan yang bekerja.
Selain set untuk berbuka puasa, Restoran Selasih turut menyediakan set hidangan untuk majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri.
Set hidangan bagi majlis jamuan Aidilfitri mempunyai menu yang biasa disajikan pada pagi Syawal termasuk lemang dan rendang.
Hidangan untuk sajian Hari Raya tersebut ditawarkan pada harga RM140 yang sesuai untuk hidangan empat hingga lima orang.
Jadi, jika anda inginkan hidangan cita rasa restoran dan hotel, hubungi segera Restoran Selasih menerusi 019-7079858 untuk tempahan.-utusan










