Relawan Yayasan Rahmah dilancar perkasa skim Payung Rahmah

Relawan Yayasan Rahmah dilancar perkasa skim Payung Rahmah

SALAHUDDIN Ayub melancarkan Yayasan Relawan Rahmah di KPDN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Relawan Rahmah di bawah Yayasan Rahmah Malaysia untuk memperkasakan segala skim Payung Rahmah

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pertubuhan bukan kerajaan ini ditubuhkan beberapa pihak yang tertarik dengan kejayaan Payung Rahmah menangani isu kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, yayasan itu diyakini mampu berfungsi selaras dengan terma penubuhannya yang ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Meskipun ia guna perkataan Rahmah, kita di KPDN turut memantau rapi termasuk buat audit kewangan yayasan ini agar ia tidak lari terpesong daripada matlamat,” tegas beliau selepas merasmikan kumpulan perintis Relawan Rahmah pada Majlis Iftar Ramadan KPDN 1444H di sini hari ini.

Yayasan Rahmah Malaysia diwujudkan pada 22 Mac lalu dengan idea asalnya mula dicetuskan Salahuddin sendiri dengan terlibat dalam pengagihan pelbagai bantuan kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan B40 tanpa mengira bangsa dan latar belakang diri.

Malahan yayasan itu juga menjadi rakan strategik penting KPDN yang mengurus selia dana diamanahkan daripada sumber awam dan swasta untuk pelbagai aktiviti kebajikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.