Rasanya nusyuz awak lagi teruk - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Rasanya nusyuz awak lagi teruk – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah mendakwa mempunyai bukti kukuh sekiranya mahu memfailkan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Dakwa pelakon itu, dia mempunyai video tidak senonoh Syamsul dan isteri kedua, Ira Kazar sebelum berkahwin selain pengakuan madunya itu berhubung hubungan luar nikah.

“Suruh tarik nusyuz? Hello bro, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak, tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh masa sebelum awak berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk.

“Dengan Ira mengaku kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz?” dakwanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Semalam pengarah tersohor itu enggan meneruskan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang sepatutnya berlaku, semalam.

Jumlah mutaah yang tinggi dan kes saman terhadap Ira Kazar menjadi penghalang kepada ‘perdamaian’ di antara pasangan suami isteri tersebut.

Pasangan itu hari ini sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai pada pertemuan berbuka puasa 9 April lalu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia juga telah berbincang dengan ibu mentuanya, Patimah Ismail mengenai jumlah nafkah tertunggak dan mutaah yang dianggap berpatutan.

Pelakon itu turut menegaskan dia tidak menuntut sebarang harta sepencarian dan semua permintaan lebih kepada dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

“Juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000, saya minta bayar setiap RM100,000 setahun, itu awak mampu rasanya?

“Saya bincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu munasabah rasanya. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.

“Boleh sahaja jual Lambo (Lamborghini) yang awak banggakan untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Juallah buat bayar nafkah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya