KUALA LUMPUR: Dua minggu lalu, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan untuk bertemu dengan suaminya, Syamsul Yusof namun segalanya berubah semalam (Ahad). Bermula dengan berbuka puasa dengan ahli keluarga, pasangan itu kemudiannya duduk berbincang dengan disaksikan ahli keluarga yang hadir. Hasilnya, pasangan itu akhirnya sepakat untuk meleraikan perkahwinan mereka secara baik. Malah, kedua-duanya juga telah memberikan kata sepakat berkenaan isu-isu berkaitan cerai seperti hadanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah…










