PENGEDAR motosikal BMW, Chear Motorrad menganjurkan program tunggangan sahur bersama lebih kurang 30 orang penunggang motosikal.
Menurut wakil jualan Chear Motorrad, Zahahiril Badri Zakaria, program tersebut melibatkan sebahagian besar daripada pelanggan-pelanggan Chear Motorrad selain rakan-rakan permotoran yang berminat untuk menunggang uji motosikal BMW.
Aktiviti itu membawa penunggang-penunggang mengelilingi kawasan-kawasan bersejarah serta menikmati keindahan malam di Bandaraya Melaka dan seterusnya sahur beramai-ramai di Matahari Corner Asam Pedas Claypot, Batu Berendam, Melaka. – UTUSAN