Program Iftar Madani rai golongan asnaf dan anak yatim - Utusan Malaysia

Program Iftar Madani rai golongan asnaf dan anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Bagi mengimarahkan lagi penghujung bulan Ramadan, seramai lebih 100 anak yatim dan asnaf diraikan sempena program Iftar Madani Saudara Kita (IMSAK) Peringkat Negeri Selangor, baru-baru ini.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah, program tersebut turut mendapat kerjasama Mawar Grandeur Event dalam usaha berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf yang hadir.

Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Muhammad Hafidz Ismail, program yang diadakan tersebut melibatkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Sungai Kantan, Kajang.

“Pelbagai pengisian telah dijalankan sempena program ini dan antaranya ialah majlis khatam Quran bersama anak-anak yatim ini yang berlangsung dengan baik pada siang harinya.

“Selain itu, kita juga berbuka puasa dan berterawih bersama mereka di sini sambil berkongsi sedikit manfaat dan rezeki.

“Tidak cuma itu, anak-anak ini juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian nasyid oleh Isman Hijjaz yang hadir bersama-sama untuk menjayakan program ini,”katanya ketika ditemui di Malakat Mall, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Hafidz, pihak pertubuhan juga berbesar hati untuk meneruskan program sedemikian pada masa akan datang terutama dalam usaha memberi sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN