Polis terima 115 permohonan permit jualan mercun, bunga api  - Utusan Malaysia

Polis terima 115 permohonan permit jualan mercun, bunga api 

ANTARA jenis bunga api dan mercun yang banyak dijual oleh peniaga pada musim perayaan Aidilfitri di Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 115 permohonan permit diterima polis negeri ini bagi penjualan bunga api dan mercun sempena musim perayaan Aidilfitri sejak awal Ramadan lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, DaKtuk Rohaimi Md. Isa, daripada jumlah itu, 42 telah diluluskan, 26 ditolak manakala baki permohonan masih dalam proses penilaian.

Beliau berkata, antara faktor permohonan peniaga yang ditolak adalah disebabkan permohonan tidak lengkap serta penjualan bunga api dan mercun yang tidak dibenarkan.

“Terdapat syarat yang ketat bagi permohonan itu antaranya kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), selain pemeriksaan latar belakang individu atau syarikat terlibat.

“Sebanyak 26 permohonan telah ditolak kerana jenis bunga api dan mercun disertakan pemohon tiada dalam senarai yang dibenarkan untuk berada dalam pasaran,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, terdapat 45 jenis bunga api dan mercun iaitu ‘Happy Boom’ serta ‘pop-pop’ yang boleh dijual secara umum dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam perkembangan sama, Rohaimi menegaskan, PDRM juga akan memantau penjualan bunga api dan mercun melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram serta platform e-dagang.

Jelasnya, polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi membanteras penjualan bunga api dan mercun secara haram yang dikoordinasi di bawah ketua-ketua polis daerah dan ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Setakat ini, terdapat 11 kes rampasan barangan bunga api dan mercun yang dijual tanpa lesen atau permit membabitkan nilai rampasan sekitar RM7,000.

“Ianya membabitkan enam kes di daerah Kuala Terengganu, tiga di Marang dan satu kes masing-masing di Kemaman serta Besut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya