Polis tahan tiga lagi suspek kes culik

Polis tahan tiga lagi suspek kes culik

Tangkap layar klip video yang tular di media sosial memaparkan mangsa berbaju biru, dipaksa memasuki sebuah kereta oleh beberapa individu di Shahab Perdana, Alor Setar, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga lagi suspek termasuk seorang wanita berjaya ditahan polis berhubung kes yang tular di media sosial kelmarin memaparkan seorang individu dipaksa memasuki sebuah kenderaan dan didakwa diculik berhampiran Shahab Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di tiga lokasi berasingan antara pukul 7 petang hingga 9 malam tadi.

Tangkapan terhadap tiga individu itu menjadikan keseluruhannya empat individu ditahan setakat ini setelah seorang suspek lelaki berusia 43 tahun dicekup awal pagi semalam.

“Tiga tangkapan terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun serta dua lelaki berumur 42 dan 40 tahun. Kesemua mereka ditahan di Changlun, Jitra dan sekitar Alor Setar.

“Wanita tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua mereka direman selama enam hari sehingga Isnin ini,” katanya di sini, hari ini.

Akhbar ini melaporkan, satu klip video berdurasi 41 saat tular sejak kelmarin yang memaparkan mangsa dipaksa menaiki sebuah kereta berwarna putih oleh beberapa individu termasuk seorang wanita sambil menjerit kesakitan.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh bapanya yang berusia 46 tahun setelah dia ditunjukkan klip video kejadian oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit.

Tambah Ahmad Shukri, mangsa kini sudah ditemukan, namun siasatan masih berjalan secara menyeluruh termasuk berkaitan motif kejadian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya