Polis tahan pengasuh disyaki dera dua kanak-kanak 

Polis tahan pengasuh disyaki dera dua kanak-kanak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera dua kanak-kanak asuhannya berusia tujuh dan empat tahun di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, semalam.

Pihak berkuasa menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)Selasa lalu selepas pengadu menerima aduan berhubung penderaan itu daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, suspek seorang wanita tempatan berusia 24 tahun adalah kenalan kepada ibu mangsa yang bekerja di Singapura.

Katanya, pengadu cuba mengesan ibu mangsa iaitu seorang perempuan tempatan dan selepas dihubungi, wanita itu meminta bantuan seorang rakannya bersama-sama pengadu untuk mengambil anaknya dari rumah pengasuh.

“Didapati terdapat kesan lebam dan dirotan di seluruh badan kedua-dua mangsa dan dibawa ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan. Kejadian itu turut tular selepas satu klip video berbahasa Tamil berdurasi dua minit 58 saat memaparkan kecederaan dialami mangsa dimuat naik seorang pengguna TikTok,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dihantar oleh ibu mereka ke rumah suspek sekitar bulan Mac sebelum ke Singapura untuk bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Kedua-dua mangsa dibenarkan keluar dari hospital semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya