Polis tahan lelaki disyaki jadi keldai akaun babitkan kerugian RM83,400 - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki disyaki jadi keldai akaun babitkan kerugian RM83,400

SUSPEK-SUSPEK yang ditahan polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang bersabit pelbagai kes penipuan online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Seorang lelaki ditahan polis di Bayan Lepas, di sini kelmarin kerana dipercayai menjadi keldai akaun kepda sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, menerusi hasil maklumat dan risikan, suspek lelaki berusia 30 tahun itu ditahan polis tepi jalan di Bayan Lepas.

“Polis menahan suspek kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan yang menyamar sebagai Telekom Malaysia dan pegawai polis.

“Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM83,400 membabitkan kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berusia 57 tahun turut ditahan polis semalam kerana melakukan penipuan.

”Suspek lelaki didapati telah memperdaya mangsa dalam urusan pembelian tanah dan suspek wanita pula disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket dalam dalam urusan jual beli duit syiling melalui atas talian.

”Tangkapan dilakukan di lokasi yang berasingan iaitu di Pulau Pinang dan Perak bersangkut kes yang dilaporkan pada tahun 2020 dan 2021,” katanya.

Tambahnya, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM2,130 sehingga RM10,000.

“Barang kes turut dirampas semasa tangkapan dijalankan iaitu sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya