PETALING JAYA: Polis mengesan seorang doktor bagi membantu siasatan kes rogol gadis berusia 16 tahun pada 12 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, berkata, polis menerima maklumat berhubung perkara itu pukul 4.40 petang melalui panggilan telefon.
“Pengadu warga tempatan yang bekerja sebagai doktor di klinik kesihatan ibu dan anak Jitra, Kedah memaklumkan pesakitnya (remaja perempuan) ketika pemeriksaan mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung dan memaklumkan kepada doktor dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata, siasatan mendapati saksi penting dalam kes ini adalah seorang doktor bernama ang bertugas semasa menerima pesakit tersebut.
“Hebahan ini bertujuan meminta doktor tersebut menghadiri diri ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222,” katanya. – UTUSAN