PM hadir rumah terbuka Ahmad Zahid

PM hadir rumah terbuka Ahmad Zahid

ANWAR Ibrahim bersama Ahmad Zahid Hamidi berbual mesra dengan barisan Menteri Kabinet ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri TPM di Sri Satria, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini, hari ini.

Anwar yang lengkap berbaju Melayu biru tiba pukul 6.20 petang sebelum disambut Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Majlis Rumah Terbuka yang bermula pukul 4 petang itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut hadir beberapa pimpinan tertinggi UMNO termasuk Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada majlis itu, Perdana Menteri berkesempatan menjamu hidangan durian sebelum bergambar bersama hadirin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.