Pilih juadah sihat ketika beraya elak risiko kesihatan

Pilih juadah sihat ketika beraya elak risiko kesihatan

Pemilihan makanan sihat penting sepanjang musim perayaan bagi mengelak risiko kesihatan. - GAMBAR ROYALE CHULAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingat mengambilkira pemakanan sihat sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan kesan lebih buruk terutamanya kepada pesakit kencing manis, darah tinggi serta penyakit berkaitan kolesterol.

Perkara tersebut mengambil kira musim raya yang menu dihidang kebanyakan berkalori tinggi serta karbohidrat yang boleh memudaratkan lagi individu yang mempunyai penyakit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan, Jazeera Julaili berkata, kebanyakan menu hari raya mempunyai rasa dan aroma lazat kerana mengandungi karbohidrat serta kalori sangat tinggi.

Oleh itu, menurut beliau, pengambilan makanan tersebut secara berlebihan berisiko menjejaskan kesihatan pesakit.

“Menu Aidilfitri kebanyakannya mempunyai kalori tinggi serta mengandungi makanan berasaskan karbohidrat yang tinggi sebagai ramuan utama. Kerana itulah rasa dan aroma makanan hari raya kita tidak dapat ditandingi.

“Namun, untuk pesakit kencing manis terutamanya, mengambil makanan tinggi kalori serta karbohidrat akan menyebabkan prognosis atau keadaan gula dalam darah yang tidak stabil.

“Untuk pesakit darah tinggi dan kolesterol pula, tidak dinafikan juadah raya juga mempunyai kadar lemak yang tinggi, apatah lagi proses pembuatan rendang yang mementingkan kaedah pecah minyak,” katanya di sini, semalam.

Katanya, ada beberapa kaedah pemakanan ketika hari raya yang perlu diamalkan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

“Jika ada penyakit kronik seperti kencing manis, sila hadkan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat seperti ketupat dan lemang yang berlebihan. Amalkan pengambilan air putih berbanding air manis.

“Pada masa sama, amalkan konsep pemakanan diperkenalkan suku-suku separuh dan tingkatkan sayur sayuran dalam pinggan. Elakkan pengambilan kuih-kuih manis dalam kuantiti yang terlalu banyak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×