Petisyen pilihan raya: Ramasamy fail rayuan

Petisyen pilihan raya: Ramasamy fail rayuan

M. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Tan Sri M. Ramasamy telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyennya dan mengekalkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), R. Yuneswaran di Parlimen Segamat.

Rayuan tersebut difailkan pada 14 April lalu di Mahkamah Persekutuan di sini dan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 9 Mei ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Suhaila Haron.

Ramasamy menamakan Yuneswaran, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pegawai Pengurus bahagian Pilihan Raya Segamat selaku responden dalam rayuan tersebut.

Pada 3 April lalu, Mahkamah Pilihan Raya Muar mengekalkan kemenangan Yuneswaran selepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ramasamy.

Hakim Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh Ramasamy sekitar Januari lalu adalah cacat dan tidak menepati keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mahkamah turut mengarahkan Ramasamy untuk membayar kos sebanyak RM30,000.

Yuneswaran menang di Segamat dengan majoriti 5,669 undi dan mengalahkan Ramasamy, calon Perikatan Nasional, P. Poobalan dan calon Pejuang, Syed Hairoul Faizey.

Dalam petisyennya, Ramasamy mendakwa Yuneswaran dan ejennya melanggar peraturan pilihan raya melibatkan bahan kempen.

Calon daripada MIC itu turut mendakwa Yuneswaran mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi ketika berkempen.

Secara keseluruhan, sebanyak 11 petisyen pilihan raya difailkan pelbagai pihak memohon mahkamah membatalkan keputusan beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya