PETALING JAYA: Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam. Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berpeluang mendengar sendiri kisah perjalanan hidup Michelle Yeoh yang penuh dengan suka duka semasa menerima kunjungan daripada seniwati tersebut. Katanya, kejayaan ‘luar biasa’ dikecapi oleh tokoh budayawan tersebut bukan sahaja bermakna kepada dirinya sendiri…










