Perdana Menteri terima kunjungan hormat Michelle Yeoh

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Michelle Yeoh

ANWAR Ibrahim berbual mesra dengan Michelle Yeoh ketika pelakon Pelakon Wanita Terbaik Oscar itu melakukan kunjungan hormat di pejabatnya di Putrajaya, semalam. - FOTO/FB PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berpeluang mendengar sendiri kisah perjalanan hidup Michelle Yeoh yang penuh dengan suka duka semasa menerima kunjungan daripada seniwati tersebut.

Katanya, kejayaan ‘luar biasa’ dikecapi oleh tokoh budayawan tersebut bukan sahaja bermakna kepada dirinya sendiri tetapi turut bermakna untuk ahli keluarga mahupun rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Michelle memenangi anugerah itu hasil lakonan beliau dalam filem Everything Everywhere All At Once  sekali gus berjaya mencipta sejarah menjadi rakyat Asia pertama yang tercalon dan memenangi anugerah dalam acara berprestij itu.

Kejayaan ikon kelahiran Ipoh itu dikatakan turut menjadi inspirasi kepada pelakon Malaysia terutama pendatang baharu untuk berusaha sehingga mampu melakar nama di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN