Johan As'ari percaya pada rezeki, tak kisah dikata kurang job

Johan As’ari percaya pada rezeki, tak kisah dikata kurang job

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya tak memilih job, kurang pasti kenapa penerbit drama segan panggil saya.’” Itu reaksi pelakon berbakat besar, Johan As’ari apabila mengulas tentang kurangnya kemunculan dia dalam drama televisyen (TV) beberapa tahun kebelakangan ini.

Johan sendiri tiada jawapan yang  jelas tentang perkara itu. Namun, dia percaya rezeki sudah tertulis dan  perlu berusaha untuk mengejarnya.

“Saya tak kejar populariti. Saya percaya rezeki dan kena usaha untuk miliki apa yang saya mahukan.

“Tiada pihak yang perlu dipersalahkan. Kalau orang kata saya kurang terima tawaran (berlakon), tak mengapa. Saya perlu usahakan untuk dapat semula peluang muncul di kaca TV.

“Saya langsung tak memilih bahkan sejak dari awal pembabitan saya tak pernah meminta-minta (job),” katanya.

Pelakon kelahiran Pulau Pinang ini mengaku silap membuat percaturan selepas menolak banyak tawaran ketika ibunya meninggal dunia pada 2015. Katanya, dia mula merasakan kesannya sekarang.

“Sejak ibu saya meninggal dunia, saya perlahankan kerjaya, tolak tawaran berlakon drama TV.

Masa itu jiwa lara, rindukan arwah ibu dan masih berkabung. Salah saya juga kerana menolak tawaran ketika itu.

“Bila saya tolak, penerbit sangka saya sudah berhenti (berlakon). Jadi nak masuk drama TV semula agak sukar, ditambah lagi dengan kehadiran ramai pelapis baharu.

“Apa pun saya tetap percaya kepada rezeki dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang menimpa,” ujarnya.

PREKUEL MAT KILAU – ‘SAYA TAK DIPANGGIL’

Disoal tentang sekuel Mat Kilau, Johan mengesahkan tidak terlibat dalam filem terbitan Kembara Studio itu.

“Saya tidak dimaklumkan apa-apa. Pengarah, Syamsul Yusof, pelakon, Datuk Putra, Beto Kusyairy juga tidak termasuk dalam senarai yang terlibat. Jadi, saya percaya, nasib saya juga sama.

“Kalau betul saya antara tersenarai, semestinya sekarang ini saya sudah mula berlatih untuk filem tersebut.

“Penerbit ada visi tersendiri. Kali ini dia mahu beri peluang kepada penggiat  yang lain. Saya percaya itu niat dia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Johan menafikan dia kecewa dengan situasi tersebut. Katanya, dia percaya ada sebab yang kukuh mengapa dia tidak ditawarkan.

“Saya percaya pada rezeki. Perasaan risau kerana tidak tersenarai dalam prekuel filem tersebut tidak timbul sama sekali.

“Bersangka baik dan doakan yang baik. Niat penerbit baik, jadi saya harap kami saling mendoakan antara satu dengan yang lain,” kongsinya.

FASA BAHAGIA

Raut wajah sudah cukup menjelaskan pelakon ini sedang menjalani fasa bahagia. Ternyata, hatinya sudah dimiliki.

Kata Johan, empat tahun menjalin cinta, sudah masa untuk memikirkan soal berumah tangga.

“Kahwin? Kalau boleh tahun ini. Calon sudah ada, orang Perlis. Buat masa ini hubungan kami jarak jauh.

“Kami kenal melalui Instagram dan dia merupakan seorang pensyarah. Pertemuan pertama kami adalah selepas selesai penggambaran Mat Kilau.

“Doakan agar saya tamatkan zaman bujang pada tahun ini. Buat masa ini biar saya rahsiakan selebihnya,” katanya yang belum bersedia mendedahkan calon isteri.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.