Perak terima peruntukan Jakim RM77.7 juta

Perak terima peruntukan Jakim RM77.7 juta

MOHD. Na'im Mokhtar mempersembahkan cek cura kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Perak menerima cek cura peruntukan kewangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi tahun 2023 berjumlah RM77,769,264.00.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, peruntukan itu bertujuan bagi pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir termasuk bayaran khas RM600 sekali bayar kepada kumpulan berkenaan di negeri tersebut.

Beliau berkata, peruntukan tersebut dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Sabtu lalu.

“Peruntukan Kewangan Jakim kepada negeri adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam menerusi Belanjawan 2023.

“Agihan ini merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hakimah berkata, pihaknya berharap peruntukan yang disediakan itu dapat mencapai usaha kerajaan dalam memperkasakan lagi pengurusan hal ehwal Islam di negara ini ke arah membina generasi Al-Falah (berjaya) selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sebelum ini, Mohd. Na’im memberitahu pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara sekali bayar itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri secara berperingkat selewat-lewatnya hari ini.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada para penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.