MELAKA: Seramai 246 nelayan di lapan pengkalan dari Pantai Kundor hingga Klebang boleh menarik nafas lega apabila Tanjong Bruas Port membayar wang ihsan keseluruhan berjumlah RM98,400 selepas tiga tahun menunggu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, setiap nelayan menerima RM400 sebagai ganti rugi ekoran pemanjangan jeti yang dikatakan telah menjejaskan sumber pendapatan mereka. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Tanjong Bruas Port kerana menepati janji…









