Pelajar tahfiz maut, MPV terbabas dalam perjalanan pulang beli baju raya

Pelajar tahfiz maut, MPV terbabas dalam perjalanan pulang beli baju raya

JENAZAH pelajar tahfiz dalam kemalangan selepas tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang pecah sebelum terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kegembiran 12 pelajar tahfiz pulang dari membeli kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut

selepas tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang pecah sebelum terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd. Faris, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakan-rakannya cedera.

Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma Al-Aitam, Ahmad Jaliisul Roslan berkata, kesemua anak-anak tahfiz berusia dalam lingkungan sembilan hingga 12 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajian berkenaan di sini selepas membeli baju raya di Mydin Mall di Tunjong.

Menurutnya, kanak-kanak itu menaiki sebuah MPV jenis Ssangyong dipandu oleh pemandu yang berusia 26 tahun.

“Ketika itu, saya juga sedang dalam perjalanan pulang ke madrasah dan MPV berkenaan berada jauh di depan kereta saya selepas selesai urusan membeli baju raya anak-anak tahfiz. 

“Mudir madrasah kami kemudian menelefon saya mengatakan bahawa MPV yang dinaiki pelajar tahfiz masuk ke dalam parit. Berdasarkan cerita pemandu, tayar MPV itu pecah sehingga mengakibatkan kenderaan tersebut terbabas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Jaliisul memberitahu, Wan Ahmad Izzat Alauddin yang berasal dari Kajang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, 11 anak-anak tahfiz yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Mahussin Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.32 pagi dan seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia manakala 11 lagi penumpang dan seorang pemandu cedera.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya