Pegawai penguat kuasa terima rasuah direman lima hari - Utusan Malaysia

Pegawai penguat kuasa terima rasuah direman lima hari

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM2,500 pada 2021.

Perintah reman bermula semalam sehingga 7 April itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret di sini oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Suspek yang berusia 32 tahun dilihat meninggalkan mahkamah pada pukul 10.15 pagi memakai baju lokap oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan di pejabat SPRM Kemaman ketika memberi keterangan pada pukul 1.30 petang kelmarin.

Penahanan suspek dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Suspek didakwa mene­rima RM2,500 daripada keluarga seorang banduan sebagai cara membenarkan banduan itu diberi layanan istimewa di dalam penjara.

Suspek ditahan di lokap SPRM Terengganu untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.