Op Pantau: 374 peniaga langgar peraturan kena tindakan

Op Pantau: 374 peniaga langgar peraturan kena tindakan

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup mengambil tindakan terhadap 374 peniaga yang gagal mematuhui peraturan dalam Op Pantau 2023 dari 23 Mac hingga 21 April lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Azman Adam berkata, para peniaga terbabit dikesan melakukan pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM60,200.

“Sebanyak 66,701 premis diperiksa seluruh negara dan sejumlah 1,127 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh sama,” katany dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Op Pantau 2023 menunjukkan penurunan kes berbanding pada tahun sebelumnya kerana tahap pematuhan yang tinggi oleh semua peniaga yang mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif.

Kata beliau, kementeriannya akan terus menggiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan setiap hari di seluruh negara serta mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang dikuatkuasakan 

“Op Pantau 2023  dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara. Lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian. 

“Antara fokus adalah bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan, cetak rompak,Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2023, isu halal dan penjualan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya