BUTTERWORTH: Seorang wanita golongan orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Merbau Kudung, Sungai Dua di sini, gigih mencari rezeki dengan mengambil upah menjahit pakaian biarpun mengetahui dirinya tidak seperti insan normal yang lain. Nurul Izzah Mohd. Asri, 25, berkata, rutin hariannya sepanjang bulan puasa dipenuhi dengan kerja-kerja menjahit pakaian yang ditempah pelanggan sempena sambutan Aidilfitri kelak sejak sebelum Ramadan lagi. “Buat masa sekarang hampir 30 pasang pakaian termasuk baju kurung,…










