PUTRAJAYA: Sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diketepikan selepas bekas Perdana Menteri itu tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam rayuan akhirnya. Menurut Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, tiada sebarang alasan yang diberikan sebagai justifikasi kenapa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh mendapat sebarang penangguhan memandangkan beliau tidak lagi diwakili peguam selepas peguam belanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada mewakili Najib.…