Menteri Persekutuan perlu maklum awal lawatan kerja rasmi

Menteri Persekutuan perlu maklum awal lawatan kerja rasmi ke Sarawak – Abang Johari

ABANG Johari (dua dari kanan) ketika bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Ke-3 Majlis Tertinggi PBB, di Ibu Pejabat PBB Kuching Sarawak petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Keperluan lawatan kerja menteri persekutuan berkaitan tugas rasmi perlu diberikan maklum awal terlebih dahulu, tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ini bagi memudahkan Sarawak menyelaras dan mengatur lawatan mereka, pada masa sama membantu cadangan kawasan tumpuan yang mereka hendak lawati.

“Pegawai kerajaan Sarawak juga perlu dimaklum awal kerana mereka perlu tahu apa projek yang ingin menteri laksanakan dan memantau kawasan sekali gus menyelaraskan seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri.

“Bagaimanapun saya rasa, rata-rata menteri persekutuan telah mengikuti procedur yang ditetapkan seperti mana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah berkata ikutlah protokol negeri di mana mereka hendaklah bersama-sama dengan para pemimpin di Sarawak dalam mengurus dan mentadbir projek-projek yang dilaksanakan di Sarawak,” katanya daam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Ke-3 Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB, di sini petang tadi.

Abang Johari yang juga merupakan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menekankan dalam persetujuan bersama pembentukan Majlis Perundingan Kepimpinan kerajaan perpaduan turut akan sentiasa berunding dengan pihak kerajaan pusat hala tuju pembangunan negara.

“Persetujun bersama itu kita telah jalinkan bahawa sentiasa akan berunding dengan pihak kerajaan pusat atas hala tuju pembangunan negara, di samping itu menyelaraskan kalau terdapat masalah dalaman di antara kita.

“Walaupun setakat ini tiada ada masalah sebenarnya tapi kita selalu ada proses perundingan, contohnya dalam kita hendak membangun projek RM50 juta ke bawah kita kata ia mesti dilaksanakan dalam pakej menyeluruh itu yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, kepada saya bahawa ia akan dilaksanakan seperti mana yang kita hendaki (oleh kerajaan Sarawak),” ujar beliau-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya