Malaysia tidak boleh dikenali dengan pandangan negatif - Utusan Malaysia

Malaysia tidak boleh dikenali dengan pandangan negatif

Malaysia
ANWAR Ibrahim bermesra dengan jemaah Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang, Sementa ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Daerah Klang dekat masjid berkenaan di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Malaysia tidak boleh sesekali dikenali sebagai negara yang dipenuhi kekecohan skandal rasuah, permusuhan kaum dan perpecahan agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ketika ini cuba membawa perubahan dan tidak boleh kekal di tahap lama, justeru rakyat terutama umat Islam tidak mungkin dapat mengangkat kerajaan Madani jika tiada perubahan di seluruh peringkat.

“Sebab itu saya tidak sanggup bertolak ansur dengan apa jua ugutan atau ujian dan bertindak lebih keras.

“Saya mahu rakyat termasuk di Selangor mengubah persepsi untuk bersama membawa perubahan membersihkan negara daripada kekusutan lampau,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Daerah Klang di Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang, Sementa di sini, petang tadi.

Beliau menambah, biarpun pimpinan Perdana Menteri di Malaysia silih berganti, keadaan masih  sama terutama gejala rasuah yang masih berleluasa dan menyeru umat Islam memanfaatkan hari-hari terakhir ‘roh’ Ramadan bagi membersihkan jiwa dan diri.

“Kalau jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau penjawat awam, mereka memunggah kekayaan untuk keluarga dan menjahanamkan negeri umat majoriti tidak bersalah kerana kita telah mengamanahkan pimpinan terutama membanteras rasuah, perpecahan kaum dan agama.

“Saki baki ini perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk memenuhi kekurangan sebelum ini. Bangun daripada kealpaan dan kecuaian kita untuk kembali kepada Allah. Bukan jawatan dan pangkat besar namun perlu sucikan dan bersihkan diri,” ujarnya.

Tambah Anwar, semangat rukhyah Ramadan juga perlu lebih disemarakkan dengan amalan membaca dan menghayati al-Quran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya