Malaysia mohon bantuan Jerman bawa pulang rakyat dari Sudan - PM - Utusan Malaysia

Malaysia mohon bantuan Jerman bawa pulang rakyat dari Sudan – PM

ASAP berkepul-kepul di atas bangunan kediaman di Khartoum dalam pertempuran pihak tentera dan separa tentera. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia memohon bantuan Jerman untuk membantu dalam usaha repatriasi rakyat negara ini dari Sudan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dizahirkan kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Frank-Walter Steinmeier selepas menerima panggilan telefon daripadanya semalam.

“Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau dan Steinmeier juga membincangkan isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.

“Selain itu, kerjasama anti rasuah antara institut anti rasuah kedua-dua negara dan kerjasama dalam inisiatif tenaga karbon hijau,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.