MAIS, PITAS komited laksana pemutihan tahfiz - Utusan Malaysia

MAIS, PITAS komited laksana pemutihan tahfiz

Pemutihan tahfiz
ABDUL Aziz Mohd. Yusof (duduk, tengah) dan PU Hafiz (duduk, dua kanan) bergambar sempena Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Huffaz Ke 16 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan komitmen untuk terus memperkasa institusi tahfiz dalam memastikan lebih 400 institusi tersebut di negeri ini memenuhi syarat proses pemutihan.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keselamatan dan kesihatan pelajar tahfiz tidak boleh dikompromi kerana golongan tersebut wajar diberi perhatian sepenuhnya.

“MAIS sentiasa mengambil perhatian yang berat dan menyokong penuh hal-hal berkaitan peningkatan bilangan  anak-anak kita yang boleh menghafal Al Quran.

“MAIS serta kerajaan negeri sentiasa menyokong pihak Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) supaya tahfiz yang masih dalam proses pemutihan, kita bantu mana yang kurang supaya tahfiz ini dapat memenuhi syarat-syarat ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Huffaz Ke 16, malam tadi.

Beliau menambah, MAIS  berusaha membantu daripada sudut kewangan untuk membolehkan proses pemutihan yang melibatkan prosedur PBT dan lain-lain agensi kerajaan dipermudahkan.

Sementara itu Pengerusi PITAS, Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa, pihaknya menghargai komitmen MAIS menjaga kebajikan institusi tahfiz melibatkan dana dermasiswa berjumlah RM10 juta dan program pemutihan tahfiz yang tiada di negeri lain.

“Setakat ini 80 tahfiz daripada 518 tahfiz dibantu untuk didaftarkan. Daripada jumlah tersebut 250 tahfiz mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), selebihnya masih dalam proses.

“Kita berharap dengan adanya program pemutihan maahad tahfiz dapat didaftarkan lengkap dengan Kebenaran Merancang (KM), kelulusan JBPM dan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan (CCC),” ujarnya yang juga dikenali sebagai PU Hafiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.