Kuching City FC dikecewakan kesilapan mudah penjaga gawang - Utusan Malaysia

Kuching City FC dikecewakan kesilapan mudah penjaga gawang

PEMAIN PenangFC meraikan jaringan gol ketika menentang Kuching City FC di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang malam tadi. - PIX IHSAN LAMAN FB PENANGFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol berpengalaman seperti Norazlan Razali tidak sepatutnya berlaku ketika pasukannya masih bergelut dalam saingan liga.

Itu rumusan ketua jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin selepas menyaksikan anak-anak buahnya kecundang buat kali kelapan daripada 10 perlawanan Liga Super setakat ini.

Menurut Sulaiman, kesilapan penjaga gol berusia 38 tahun berkenaan membuka peluang kepada Penang FC untuk bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan tipis 2-1 dalam saingan di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

“Seharusnya, kesilapan-kesilapan ini kita elakkan pada masa depan. Apapun, bagi saya, pemain-pemain telah memberikan (persembahan) yang terbaik.

“Cuma, persembahan yang baik itu tidak cukup untuk membolehkan kita menang atau sekurang-kurangnya meraih satu mata malam ini (malam tadi),” kata beliau.

Dalam pada itu, Sulaiman mengakui jentera serangan The Cats masih tumpul apabila hanya mampu meledak lima gol setakat ini.

“Saya percaya kita boleh bangkit jika tumpu bahagian ini (serangan) untuk diperbaiki. Tapi, buat masa ini, saya mahu beri peluang kepada pemain-pemain saya untuk berehat dahulu.

“Selepas itu, barulah kita fokus semula kerana lawan yang menanti kita selepas ini ialah JDT (Johor Darul Ta’zim),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya